Ahad, 20 November 2011

Kata seruan


Tuliskan kata seru yang betul.

Wahai, Oh, Aduhai, Amboi, Wah, Cis, Aduh, Syabas

1. ________, sedapnya makanan ini !
2. ________, kasihan sungguh anak-anak yatim itu !
3. ________, rupanya kamu yang mencuri dompet saya !
4. ________, rakan-rakanku, janganlah membuang masa !
5. ________, kamu berjaya mencatat rekod baru !
6. ________, sakitnya kakiku !
7. ________, pergi kau dari sini !
8. ________, besarnya rumah kamu !





Jawapan :
1. Amboi
2. Aduhai
3. Oh
4. Wahai
5. Syabas
6. Aduh
7. Cis
8. Wah

Jumaat, 18 November 2011

Rabu, 16 November 2011

Jenis Kata Bilangan

Jenis Kata Bilangan

1.Kata Bilangan Tentu : satu, seratus, dua ribu

2.Kata Bilangan Tak Tentu : beberapa, sebahagian, semua

3.Kata Bilangan Himpunan : beratus-ratus, ketiga-tiga,
beribu-ribu

4.Kata Bilangan Pisahan : masing-masing, tiap-tiap

5.Kata Bilangan Pecahan : setengah, dua per tiga,
satu per empat

6.Kata Bilangan Tingkat : pertama, kedua, kesepuluh


Latihan

Gariskan kata bilangan yang betul.

1. Emak membeli ( sesetengah , setengah ) meter kain sahaja.

2. Mei Ling mendapat tempat ( pertama , satu ) dalam pertandingan
bercerita.

3. Selepas makan, Halim dan kawannya pulang ke rumah ( tiap-tiap ,
masing-masing ).

4. ( Kedua , Kedua-dua ) orang murid itu didenda mengutip
sampah.

5. Pak Ali mengambil masa ( berbulan-bulan , berkali-kali )
lamanya untuk menyiapkan sebuah perahu.

6. Sudah ( beratus-ratus , bertahun-tahun ) Meng Jun tidak
menziarahi neneknya di kampung.

7.( Semua , Lima ) anak Pak Abu sudah bekerja.

8.Kami berbincang tentang kerja sekolah selama ( satu , pertama ) jam.





Jawapan :
1. Setengah
2. Pertama
3. Masing-masing
4. Kedua-dua
5. Berbulan-bulan
6. Bertahun-tahun
7. Semua
8. satu

Jumaat, 11 November 2011

Imbuhan

Imbuhan terdiri daripada awalan, akhiran dan apitan.


Awalan ialah imbuhan yang terletak di bahagian hadapan sesuatu perkataan.
Contoh : ber + lari = berlari
men + cuci = mencuci
ter + jatuh = terjatuh



Akhiran ialah imbuhan yang terletak di bahagian akhir sesuatu perkataan.
Contohnya : nyanyi + an = nyanyian
ambil + kan = ambilkan
baik + i = baiki



Apitan ialah imbuhan (awalan dan akhiran) yang dicantumkan serentak pada sesuatu perkataan.
Contoh : men + jadi + kan = menjadikan
ke + bijak + an = kebijakan
di + kejar + kan = dikejarkan



downloadmid1%5f59803%5fAFrsjkQAAJz1SEXUeA0w7lScXZEpid1.2.2fidInboxinline1