Jumaat, 11 November 2011

Tatabahasa --- KATA

KATA ialah bunyi atau gabungan bunyi yang mempunyai erti tertentu.
Kata terdiri daripada KATA AKAR atau KATA TERBITAN.


KATA AKAR ialah kata yang tidak mempunyai imbuhan.
Contoh : rumah, buku, sekolah, gambar, pokok.


KATA TERBITAN ialah kata yang mempunyai imbuhan. Imbuhan ialah penambah seperti ber, me, pe, an, ter, se yang dicantumkan pada sesuatu perkataan.
Contoh : senaman, pelancong, berlari, tertelan, membaca.


cartoon

Sabtu, 5 November 2011

Lagu kanak-kanak - Chan Mali Chan

Nilai - nilai murni

Nilai-nilai murni


1.hormat

2.baik hati

3.berdikari

4.patriotisme

5.kerjasama

6.kesyukuran

7.kasih sayang

8.rasional

9.kejujuran

10.keadilan

11.berhemah tinggi

12.kerajinan

13.keberanian

14.kesederhanaan

15.kebersihan fizikal dan mental


Jumaat, 4 November 2011

Simpulan Bahasa


Simpulan bahasa

Padankan simpulan bahasa dengan maksudnya.
1. otak cair ( )

2. titik peluh ( )

3. pasang telinga ( )

4. langkah seribu ( )

5. berat tulang ( )

6. anak emas ( )

7. rambang mata ( )

8. nyawa-nyawa ikan ( )

9. lipas kudung ( )

10.cakar ayam ( )


(a)orang yang malas bekerja
(b)anak kesayangan
(c)hampir-hampir mati
(d)tulisan yang buruk
(e)membuat kerja dengan cepat
(f)tidak tahu membuat pilihan
(g)mendengar dengan teliti
(h)melahirkan diri kerana ketakutan
(i)hasil usaha yang bersungguh-sungguh
(j)orang yang pandai

Peraturan D-M

Peraturan D-M

Peraturan D-M ialah peraturan yang menunjukkan bahawa yang diterangkan (D) mestilah mendahului yang menerangkan (M). Peraturan ini disebut juga sebagai Hukum D-M.
Contoh:
D (yang diterangkan) M (yang menerangkan)
padang rumput
Restoran Ahmad
sos cili
guru Sejarah
ayam goreng
klinik Lee
tayar basikal

Latihan : Tulis bentuk yang betul mengikut Hukum D-M.
1.Mawar Hotel : _____________________________

2.Gigi Klinik : ______________________________

3.Fatimah Kedai Makan : ______________________

4.tempat-tempat lain : _______________________

5.novel penulis : _____________________________