Selasa, 13 Disember 2011
Jumaat, 9 Disember 2011
Khamis, 8 Disember 2011
Sabtu, 3 Disember 2011
Khamis, 1 Disember 2011
Sabtu, 26 November 2011
Rabu, 23 November 2011
Alam Haiwan
Jawapan
1.Beruang itu besar.
2.Penyu bertelur di pantai.
3.Lembu meragut rumput.
4.Orang utan berbulu perang.
5.Ketam ada kulit keras.
Ahad, 20 November 2011
Kata seruan
Tuliskan kata seru yang betul.
Wahai, Oh, Aduhai, Amboi, Wah, Cis, Aduh, Syabas
1. ________, sedapnya makanan ini !
2. ________, kasihan sungguh anak-anak yatim itu !
3. ________, rupanya kamu yang mencuri dompet saya !
4. ________, rakan-rakanku, janganlah membuang masa !
5. ________, kamu berjaya mencatat rekod baru !
6. ________, sakitnya kakiku !
7. ________, pergi kau dari sini !
8. ________, besarnya rumah kamu !
Jawapan :
1. Amboi
2. Aduhai
3. Oh
4. Wahai
5. Syabas
6. Aduh
7. Cis
8. Wah
Jumaat, 18 November 2011
Rabu, 16 November 2011
Jenis Kata Bilangan
Jenis Kata Bilangan
1.Kata Bilangan Tentu : satu, seratus, dua ribu
2.Kata Bilangan Tak Tentu : beberapa, sebahagian, semua
3.Kata Bilangan Himpunan : beratus-ratus, ketiga-tiga,
beribu-ribu
4.Kata Bilangan Pisahan : masing-masing, tiap-tiap
5.Kata Bilangan Pecahan : setengah, dua per tiga,
satu per empat
6.Kata Bilangan Tingkat : pertama, kedua, kesepuluh
Latihan
Gariskan kata bilangan yang betul.
1. Emak membeli ( sesetengah , setengah ) meter kain sahaja.
2. Mei Ling mendapat tempat ( pertama , satu ) dalam pertandingan
bercerita.
3. Selepas makan, Halim dan kawannya pulang ke rumah ( tiap-tiap ,
masing-masing ).
4. ( Kedua , Kedua-dua ) orang murid itu didenda mengutip
sampah.
5. Pak Ali mengambil masa ( berbulan-bulan , berkali-kali )
lamanya untuk menyiapkan sebuah perahu.
6. Sudah ( beratus-ratus , bertahun-tahun ) Meng Jun tidak
menziarahi neneknya di kampung.
7.( Semua , Lima ) anak Pak Abu sudah bekerja.
8.Kami berbincang tentang kerja sekolah selama ( satu , pertama ) jam.
Jawapan :
1. Setengah
2. Pertama
3. Masing-masing
4. Kedua-dua
5. Berbulan-bulan
6. Bertahun-tahun
7. Semua
8. satu

Isnin, 14 November 2011
Jumaat, 11 November 2011
Imbuhan
Imbuhan terdiri daripada awalan, akhiran dan apitan.
Awalan ialah imbuhan yang terletak di bahagian hadapan sesuatu perkataan.
Contoh : ber + lari = berlari
men + cuci = mencuci
ter + jatuh = terjatuh
Akhiran ialah imbuhan yang terletak di bahagian akhir sesuatu perkataan.
Contohnya : nyanyi + an = nyanyian
ambil + kan = ambilkan
baik + i = baiki
Apitan ialah imbuhan (awalan dan akhiran) yang dicantumkan serentak pada sesuatu perkataan.
Contoh : men + jadi + kan = menjadikan
ke + bijak + an = kebijakan
di + kejar + kan = dikejarkan

Tatabahasa --- KATA
KATA ialah bunyi atau gabungan bunyi yang mempunyai erti tertentu.
Kata terdiri daripada KATA AKAR atau KATA TERBITAN.
KATA AKAR ialah kata yang tidak mempunyai imbuhan.
Contoh : rumah, buku, sekolah, gambar, pokok.
KATA TERBITAN ialah kata yang mempunyai imbuhan. Imbuhan ialah penambah seperti ber, me, pe, an, ter, se yang dicantumkan pada sesuatu perkataan.
Contoh : senaman, pelancong, berlari, tertelan, membaca.

Sabtu, 5 November 2011
Nilai - nilai murni
Nilai-nilai murni
1.hormat
2.baik hati
3.berdikari
4.patriotisme
5.kerjasama
6.kesyukuran
7.kasih sayang
8.rasional
9.kejujuran
10.keadilan
11.berhemah tinggi
12.kerajinan
13.keberanian
14.kesederhanaan
15.kebersihan fizikal dan mental
1.hormat
2.baik hati
3.berdikari
4.patriotisme
5.kerjasama
6.kesyukuran
7.kasih sayang
8.rasional
9.kejujuran
10.keadilan
11.berhemah tinggi
12.kerajinan
13.keberanian
14.kesederhanaan
15.kebersihan fizikal dan mental
Jumaat, 4 November 2011
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa
Padankan simpulan bahasa dengan maksudnya.
1. otak cair ( )
2. titik peluh ( )
3. pasang telinga ( )
4. langkah seribu ( )
5. berat tulang ( )
6. anak emas ( )
7. rambang mata ( )
8. nyawa-nyawa ikan ( )
9. lipas kudung ( )
10.cakar ayam ( )
(a)orang yang malas bekerja
(b)anak kesayangan
(c)hampir-hampir mati
(d)tulisan yang buruk
(e)membuat kerja dengan cepat
(f)tidak tahu membuat pilihan
(g)mendengar dengan teliti
(h)melahirkan diri kerana ketakutan
(i)hasil usaha yang bersungguh-sungguh
(j)orang yang pandai
Peraturan D-M
Peraturan D-M
Peraturan D-M ialah peraturan yang menunjukkan bahawa yang diterangkan (D) mestilah mendahului yang menerangkan (M). Peraturan ini disebut juga sebagai Hukum D-M.
Contoh:
D (yang diterangkan) M (yang menerangkan)
padang rumput
Restoran Ahmad
sos cili
guru Sejarah
ayam goreng
klinik Lee
tayar basikal
Latihan : Tulis bentuk yang betul mengikut Hukum D-M.
1.Mawar Hotel : _____________________________
2.Gigi Klinik : ______________________________
3.Fatimah Kedai Makan : ______________________
4.tempat-tempat lain : _______________________
5.novel penulis : _____________________________

Ahad, 30 Oktober 2011
Jumaat, 28 Oktober 2011
Aktiviti sekolah - Hari Kanak-kanak 28hb Okt 2011
Khamis, 27 Oktober 2011
Kefahaman
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Pak Abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan. Dia menanam berbagai-bagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, duku, langsat dan ciku di dusunnya. Dusun Pak Abu adalah seluas dua hektar. Pak Abu dibantu oleh dua orang anak lelakinya untuk menjaga kebun tersebut.
Tiap-tiap pagi , Pak Abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram pokok-pokok buahnya. Dia membubuh baja pada pokok-pokok itu sebulan sekali. Pak Abu juga akan membungkus buah-buahan yang sedang masak dengan beg-beg plastik supaya tidak dimakan oleh burung dan tupai.
Penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu kerana ia murah dan lazat. Kadang-kadang orang-orang dari bandar juga berkunjung ke dusun Pak Abu untuk menikmati kelazatan buah-buahan.
1. Apakah buah yang ditanam oleh Pak Abu ?
____________________________________________________________
2. Siapakah yang membantu Pak Abu menjaga dusunnya ?

3. Mengapakah Pak Abu membungkus buah-buahan yang sedang masak ?
_____________________________________________________________
4. Mengapakah penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu ?

5. Berapakah luas dusun Pak Abu ?
________________________________________________

Tatabahasa
Ragam Ayat
1.Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a) ayat penyata (b) ayat tanya (c) ayat perintah (d) ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut:
(a) Ayat penyata
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
Contohnya:
i. Emak sedang menyiram bunga.
ii. Dia mempunyai sebuah basikal.
(b) Ayat tanya
Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanya.
Contohnya
i. Berapakah harga buku itu?
ii. Bagaimanakah kuih itu dibuat?
(c) Ayat perintah
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
Contohnya:
i. Cuci kasut kamu. (suruhan)
ii. Jangan main di tepi jalan.(Iarangan)
iii.Sila masuk. (silaan)
iv. Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
(d) Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru !
Contohnya:
i. Amboi,tingginya bangunan itu!
ii. Aduh, sakitnya gigiku!
Latihan
Tuliskan jenis-jenis ayat berikut.
1. Tolong padamkan papan hitam. ________________________________
2. Emak sedang masak di dapur. _________________________________
3. Aduh, sakitnya perut saya ! __________________________________
4. Bagaimana cara untuk membuat dodol? ___________________________
5. Marilah kita pergi ke perpustakaan bersama-sama. ___________________
6. Apakah nama kucing itu? _____________________________________
7. Perlawanan badminton itu diadakan di dewan sekolah. _________________
8. Janganlah buang sampah di sini. _________________________________
9. Amboi, cantiknya gambar itu ! __________________________________
10. Bapa Ahmad membeli sebuah kereta baru. _________________________

Langgan:
Catatan (Atom)